Friday, March 20, 2015

Program Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 1 2015

"KLINIK DAN MOTIVASI SOLAT" 

Tarikh   : 21hb Mac 2015
Masa     : 7.30 pagi sehingga 10.00 malam
Peserta  : Lelaki berumur diantara 7 tahun sehingga 15 tahun
Pakaian : Menutup aurat, baju kosong dan seluar slack, jubah atau baju melayu.
Alatan   : Jika beriadah dan mandi di masjid, bawa peralatan yang sesuai.

Aturcara program,

7.30 pagi : Pendaftaran peserta dan sarapan.

8.30 pagi : Program motivasi bermula.

10.30 pagi : Minum pagi.

11.00 pagi : Program diteruskan.

12.45 tgh   : Makan tengahari.

2.30 ptg : Program diteruskan.

4.15 ptg : Minum petang.

Pelajar boleh pulang selepas asar. Tulis nama pada senarai yang disediakan.
Pelajar yang tidak pulang, boleh tinggal dimasjid (riadah, mandi dan sebagainya).

6.30 ptg : Pelajar kembali semula. Tulis nama pada senarai yang disediakan.

6.45 ptg : Makan Malam.

Program diteruskan sehingga pukul 10 malam.

10.00 mlm : Bersurai.




Friday, October 23, 2009

Majlis Korban Aidil Adha

Mesyuarat persiapan untuk majlis korban pada tahun ini telah diadakan semalam. Petugas-petugas telah dilantik dan kupon-kupon akan diedarkan dalam masa terdekat. Gotong royong untuk membuat persediaan tapak akan diadakan pada 8 November 2009 pada pukul 8 pagi di perkarangan masjid. Diharapkan ahli kariah dapat meluangkan masa bersama-sama menjayakannya.

Thursday, October 22, 2009

Sejadah Sembahyang

Assalamualaikum, kecoh sekarang pasal sejadah sembahyang di Kelantan. Apa-apa pun banyak ikhtibar yang boleh difikirkan. Betul atau tidak hanya tuhan yang tahu. Sayang sekali sejadah itu tidak dalam keadaan berdiri tegak ataupun rukuk tetapi dalam keadaan duduk. Walaupun begitu, terdapat kejadian mahluk selain manusia yang betul-betul sembahyang. Boleh lihat dilink ini. Robot sembahyang.

Wednesday, October 21, 2009

Kuliah Maghrib Ustaz Ali Sobri

Alhamdulillah, kuliah Maghrib dapat diteruskan. Pada malam semalam Ustaz Ali Sobri menerangkan tentang orang yang paling beruntung kehidupannya diakhirat melalui hadith Nabi iaitu "Sebaik-baik kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya".(HR At-Tarmidzi). Beliau memberikan contoh-contoh dan penerangan tentang Hadith tersebut secara terperinci. Beliau juga menasihatkan supaya mencari majlis ilmu sebagai pengisian yang berguna di usia tua.

Thursday, October 8, 2009

Majlis Korban 1430

Pada mesyuarat AJK yang lalu (06Oct2009), telah ditetapkan satu bahagian RM380 bagi jemaah yang ingin menyertainya. Kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Untuk pengunjung laman blog ini yang ingin menyertai, boleh terus hantarkan emel ke admin atau menghubungi AJK masjid. Sumbangan persendirian juga dialu-alukan.

Friday, September 25, 2009

Selamat Berpuasa Sunnah 6 hari di Bulan Syawal

Selamat berpuasa 6 hari di Bulan Syawal. Seperti berpuasa sepanjang tahun. Juga dapat menampung kekurangan puasa di Bulan Ramadhan yang lalu. Sebaik-baiknya dilakukan seawal mungkin, takut buat dihujung bulan, tersilap kira dan tidak cukup enam hari. Banyak fadilatnya diterangkan didalam hadis-hadis.
Semoga kita berjaya melakukannya, InsyaAllah.

Thursday, September 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA JEMAAH MASJID JAMEK MEDAN KLEBANG RESTU.

RAMADHAN, PERGIMU DITANGISI...
SYAWAL, HADIRMU DISYUKURI...

Semoga jemaah di masjid kita semakin bertambah selepas ini. Kerana serigala akan menyerang mangsa yang jauh dari kumpulannya.