Sunday, August 30, 2009

Tazkirah 10 Ramadhan

Berbuka puasa dan more hari ini ditaja oleh PEKIDA. Tazkirah hari ini menyentuh tentang keruntuhan akhlak generasi zaman sekarang yang bermegah-megah melanggar perintah Allah. Semoga kita dan keturunan kita tidak jadi sebegitu.

Tazkirah 9 Ramadhan

Tazkirah malam ini disampaikan oleh Ustaz Azmil daripada Sek Haji Mohd Taib. Beliau menyentuh tentang perkara menyombong diri. Beliau menegaskan kita perlu memuhasabah diri sendiri supaya tidak menyombong diri. Walaupun kita merasakan kita dalam keadaan biasa (tidak sombong) tetapi mungkin orang lain menganggap kita sombong. Jadi kita kena menjaga keadaan itu. Beliau juga menceritakan bagaimana keadaan Karun (sepupu nabi Musa) yang menjadi sombong kerana hartanya. Sehingga dia (Karun) dilaknat oleh Allah bersama hartanya. Semoga kita mendapat iktibar dari tazkirah hari ini.

Majlis berbuka puasa 9 Ramadhan

Majlis berbuka puasa dan more hari ini ditaja oleh Datuk Seri Hj Husni Hanazlah (Menteri Kewangan Kedua). Tetapi beliau tidak dapat hadir dan diwakili oleh Datuk Nazri (ADUN Manjoi). Majlis juga dihadiri oleh OCS Chemor. Mereka pulang selepas menunaikan solat sunat selepas Maghrib.

Saturday, August 29, 2009

Tazkirah 8 Ramadhan

Alhamdulillah, telah sampai kita ke hari yang kelapan Ramadhan. Tazkirah hari kelapan semalam disampaikan oleh Uztaz Hj. Nasir Bin Kamarudin daripada ABIM. Beliau menekankan kenapa kita perlu menghadiri majlis ilmu adalah kerana kita adalah manusia biasa yang sentiasa alpa dan perlu diberi peringatan. Jadi dibulan Ramadhan ini setiap masjid ada tazkirah dan beliau mengingatkan supaya tidak pulang awal sehingga melepaskan peluang mendapat ganjaran mengikuti majlis ilmu. Disamping itu Uztaz Nasir juga mengingatkan agar jemaah selalu bangun malam dan melakukan sembahyang-sembahyang sunat dan beramal disepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga jemaah mendapat sedikit sebanyak ilmu dari tazkirah semalam dan mengamalkannya InsyaAllah.

Friday, August 28, 2009

Majlis berbuka puasa bersama Datuk Bandar Ipoh

Majlis berbuka puasa bersama Datuk Bandar Ipoh, Dato' Haji Roshidi bin Haji Hashim akan diadakan pada hari ini, Jumaat, 28 Ogos 2009. Semua warga khariah Masjid Medan Klebang Restu dijemput hadir. Kemudian dapatlah kita berjemaah Maghrib bersama-sama InsyaAllah.

Ramadhan Al Mubarak

Selamat datang Ramadhan. Alhamdulillah, berpeluang lagi kita untuk merebut gandaan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersempena dengan kehadirannya maka blog ini dilahirkan. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
Di bulan yang mulia ini berbagai aktiviti telah dirancang dan disusun oleh AJK masjid untuk memeriahkan kehadirannya. Marilah kita bersama mengimarahkan Masjid Jamek Medan Klebang Restu yang besar dan indah ini. InsyaAllah.