Friday, October 23, 2009

Majlis Korban Aidil Adha

Mesyuarat persiapan untuk majlis korban pada tahun ini telah diadakan semalam. Petugas-petugas telah dilantik dan kupon-kupon akan diedarkan dalam masa terdekat. Gotong royong untuk membuat persediaan tapak akan diadakan pada 8 November 2009 pada pukul 8 pagi di perkarangan masjid. Diharapkan ahli kariah dapat meluangkan masa bersama-sama menjayakannya.

Thursday, October 22, 2009

Sejadah Sembahyang

Assalamualaikum, kecoh sekarang pasal sejadah sembahyang di Kelantan. Apa-apa pun banyak ikhtibar yang boleh difikirkan. Betul atau tidak hanya tuhan yang tahu. Sayang sekali sejadah itu tidak dalam keadaan berdiri tegak ataupun rukuk tetapi dalam keadaan duduk. Walaupun begitu, terdapat kejadian mahluk selain manusia yang betul-betul sembahyang. Boleh lihat dilink ini. Robot sembahyang.

Wednesday, October 21, 2009

Kuliah Maghrib Ustaz Ali Sobri

Alhamdulillah, kuliah Maghrib dapat diteruskan. Pada malam semalam Ustaz Ali Sobri menerangkan tentang orang yang paling beruntung kehidupannya diakhirat melalui hadith Nabi iaitu "Sebaik-baik kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya".(HR At-Tarmidzi). Beliau memberikan contoh-contoh dan penerangan tentang Hadith tersebut secara terperinci. Beliau juga menasihatkan supaya mencari majlis ilmu sebagai pengisian yang berguna di usia tua.

Thursday, October 8, 2009

Majlis Korban 1430

Pada mesyuarat AJK yang lalu (06Oct2009), telah ditetapkan satu bahagian RM380 bagi jemaah yang ingin menyertainya. Kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Untuk pengunjung laman blog ini yang ingin menyertai, boleh terus hantarkan emel ke admin atau menghubungi AJK masjid. Sumbangan persendirian juga dialu-alukan.