Sudah berlakukah Lailatul Qadar? Hanya tuhan yang tahu.
Jika ianya belum, masih berpeluang untuk kita mendapatkannya.
Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar?
'Lailatul Qadar (bahasa Arab: لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. - dipetik dari Wikipedia
Pernah saya terbaca, bahawa pada Malam Lailatul Qadar, Malaikat akan turun dan membawa segala peristiwa yang akan berlaku untuk setahun yang akan datang. Bermakna ianya ada kaitan dengan Qada dan Qadar yang wajib kita percayai.
Jadi orang yang beramal pada malam itu sudah tentu akan mendapat Qada dan Qadar yang baik untuk setahun yang akan datang. Walahualam..
No comments:
Post a Comment