Thursday, September 10, 2009

Tazkirah Malam 20 Ramadhan Ustaz Halim Badray


Tazkirah pada malam ini disampaikan oleh Ustaz Halim Badray. Menghuraikan tentang Surah Al-Baqarah ayat 187 yang berkaitan dengan ibadah puasa yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Diterangkan bagaimana pada zaman itu umat Islam hanya berbuka daripada Maghrib ke Isyak sahaja. Selepas dari itu mereka hanya akan beribadah sahaja. Sehinggalah pada suatu hari seorang sahabat telah pulang kerumah setelah Isyak dan telah terlanjur melakukan hubungan suami-isteri lalu sahabat merasa amat takut dan serba salah. Sehingga keesokannya sahabat bertanya kepada Rasulullah mengenainya. Dan sahabat-sahabat yang lain juga mengaku telah melakukan perkara yang sama. Lalu diturunkan ayat 187 yang mana Allah membenarkan mereka berbuka dari Maghrib sehinggalah masuk waktu Subuh. Ustaz menyatakan, jika sahabat tidak bertanya kepada Rasulullah, kemungkinan hingga kehari ini kita hanya boleh berbuka dari Maghrib hingga ke Isyak sahaja.

Disamping itu Ustaz meminta jemaah untuk membuat perbandingan dan kajian tentang Surah Al-Baqarah ayat 178 dengan ayat 187 yang mana kedua-duanya adalah wajib dan dituntut supaya umat Islam melaksanakannya, tetapi kita hanya berjaya melaksanakan ayat 183 sahaja dan tidak ayat 178, sedangkan kedua-duanya adalah wajib dilaksanakan. Sama-samalah kita fikirkan..

No comments:

Post a Comment