Penyampai pada malam ini menegur tentang kehadiran jemaah yang berkurangan berbanding dengan awal Ramadhan. Semoga jemaah dapat menyampaikan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga untuk berjemaah di masjid terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Penyampai juga menerangkan tentang keistimewaan malam Lailatul Qadar.
Kemudian diceritakan sedikit tentang kesusahan umat Islam terdahulu mempertahankan Islam didalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan (Badr Qubro).
Akhir sekali tentang Nuzul Quran yang mana penyampai inginkan kita sentiasa merujuk kepada Al-Quran iaitu membaca, memahami, mengkaji dan melaksanakan apa yang dituntut didalamnya.
No comments:
Post a Comment