Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azmil membincangkan tentang insan. Sebelum itu beliau sempat mengingatkan ibubapa yang membawa anak-anak ke Masjid supaya sentiasa mengawal dan memberi peringatan kepada mereka supaya tidak membuat bising dan sebagainya yang boleh mengganggu jemaah lain yang sedang beribadah.
Membicarakan tentang insan, Ustaz Azmil membincangkan tentang sifat marah yang selalu hadir dalam diri kita dan kita harus dapat mengawalnya supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini disebabkan terlalu marah. Kita hendaklah selalu memaafkan kesalahan orang disekeliling kita kerana Allah suka kepada orang yang pemaaf. Beliau memberikan beberapa contoh dizaman Rasullullah bagaimana ganjaran yang didapati diakhirat kelak kepada orang yang selalu memaafkan orang lain (tidak menyimpan dendam).
Semoga jemaah dapat mengubah sikap dari pemarah kepada pemaaf terutama di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment